Entries About Linkies Tips Rules Facebook Twitter Asking Follow Home
Welcome


Assalamualaikum.Selamat datang ke blog cik moon.Perkongsian disini hanyalah berdasarkan pembacaan yang sudah sedia ada.Sekiranya terdapat kesilapan dalam nukilan saya ini,semoga anda dapat menegur saya.Sekiranya anda hendak berkongsi ilmu disini pun saya dengan berbesar hati mengizinkannya..

Tagboard



Old Entries


Credits



Template by Zahra & Jemima. Codes by
Fatin. Edit by Your Name. Image by WHI

Menjadi baik ..





Assalamualaikum dan selamat pagi semua..Jeng jeng jeng..huh..Dah berbulan rasanya miss moon tak update blog..Almaklumlah.Lepas SPM,,duduk terperap di rumah jer.Mana tak tembam kan,.heheh.ok ok..Dah meleret dah..huhuh..Sebenarnya,,,Hari ini,,miss moon nak jawab soalan yang selalu diutarakan oleh kawan kawan miss moon.Soalannya berbentuk macam ni:


Macam mana nak jadi orang yang baik?Hari ni aku baik tapi aku takut pada esok hari aku jadi orang yang lain..Apa pandagan kau terhadap orang macam aku ni.Dah lah selalu buat dosa..Lepas buat banya dosa,,taubat dan kemudian buat lagi..Aku rasa bersalah sangat dengan Pencipta aku..Tapi,aku tak tahu nak buat macam mana lagi.Boleh tak kau bagitahu aku macam mana nak menjadi insan yang baik.

Panjang kan soalan dia..Memang waktu tu emosional sangat..Sedih dengar dia cakap macam tu.Tapi,,miss moon bangga dengan perubahan yang ingin dia lakukan..Sekurang kurangnya dia ada rasa bersalah didalam hati dia.Itu tandanya ALLAH masih sayangkan dia.

Wahai sahabatku,sesungguhnya apabila setiap kali kau melakukan dosa dan kemudian kau bertaubat lagi dan kau buat lagi..Itu tidak bermaksud kau manusia yang jahat..Sahabatku,,mungkin manusia disekelilingmu memandang rendah terhadapmu tetapi percayalah bahawa Allah sentiasa menunggu untuk kau kembali kepada DIA..Sifat pemurah dan penyayang ALLAH tu tiada tandingannya..Aku cemburu dengan kau sahabatku..Allah telah memanggil kau untuk kembali kepada Dia.. Allah nak kau berubah untuk Dia.

Jadi,sebagai nasihat untuk diri ini dan juga untuk sahabat sahabat yang sedang membaca entri ini.Kalau anda nak berubah menjadi baik,teruskan usaha baik anda itu.Jangan berhenti ditengah tengah jalan.Mungkin anda orang yang sentiasa mengkritik dan menghina kita tetapi biarkan semua tu.Jangan dilayan sangat orang macam tu..Semoga Allah akan bukakan pintu hidayah kepada kita semua.

Apa jadi dengan kawan miss moon sekarang ni.

Alhamdulillah..Dia masih dalam perjuangan untuk menjadi orang yang baik.Semoga kita doakan dia agar terus berubaha menjadi orang yang lebih baik.






? Newer Post
Older Post ?


Older Post ?